SEMUA PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

DAN

SEMUA PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK

Tuan,

KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM 2013

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa murid yang layak ditempatkan ke Tingkatan Enam Bawah tahun 2013 boleh membuat semakan mulai 24 April 2013 melalui laman web KPM (www.moe.gov.my).  Tarikh kemasukan adalah pada 8 Mei 2013.  Sehubungan itu, pihak tuan diminta memuat turun garis panduan beserta borang-borang berkenaan dari portal JPN Perak mulai 28 Mac 2013.  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Abdul Rahman bin Mohd Yusof, Penolong Pengarah Tingkatan Enam di talian 05-5015117.

  1. Pihak sekolah pusat tingkatan enam akan menjalankan orientasi murid baru mulai 8 Mei 2013, antara tiga hingga lima hari bergantung kepada pengisian minggu orientasi.  Pihak sekolah digalakkan menjemput ibu / bapa / penjaga untuk diberi penerangan berkaitan pengurusan tingkatan 6 pada hari pertama pendaftaran.

Sila Klik untuk muat turun GARIS PANDUAN

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

(HAJI MUHAMAT ROLI BIN HAJI HASSAN, PMP.,AMN.,AMP.)

Pengarah Pelajaran Negeri Perak

Attachments:
Download this file (pekeliling_t6_2013.pdf)Pekeliling[ ]1041 kB
Joomla SEF URLs by Artio