Semua Pengetua dan Guru Besar,

Semua Setiausaha PBS,

Semua Guru,

Sekolah-sekolah Negeri Perak Darul Ridzuan 

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) - Kemasukan Prestasi Murid

Dimaklumkan bahawa SPPBS Menengah dan Rendah telah dibuka untuk kemasukan prestasi murid bermula 25 Mac 2013.

Terdapat beberapa mata pelajaran yang belum dibuka untuk kemasukan prestasi (dijangka bermula April 2013).Mata pelajaran berkenaan adalah:- 

 

   a. Sekolah Menengah

       - Semua mata pelajaran KHB (Ting 1 dan 2)

       - Bahasa Cina (Ting 1 dan 2)

       - Bahasa Tamil (Ting 1 dan 2)

 

   b. Sekolah Rendah

       - Pendidikan Khas (Tahun 3)

       - Dunia Sains dan Teknologi (Tahun 3)

       - Pendidikan Islam (Tahun 1 dan 2)

       - Bahasa Cina (Tahun 1, 2 dan 3)

       - Bahasa Tamil (Tahun 1, 2 dan 3)

 

Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat

Joomla SEF URLs by Artio