YBhg. Dato’ Sri/Datuk / Dato'/Toh Puan/ Datin /Dr. / Tuan / Puan,

LENCONGAN TALIAN UTAMA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (03 8884 6000) KE TALIAN 1MOCC (03-8000 8000)

Sukacita merujuk perkara di atas.

2.         Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terlibat dengan pelaksanaan 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012.

3.         1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan memudahcara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi Kerajaan dengan menggunakan nombor tunggal iaitu 03-8000 8000.

4.         Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa talian utama KPM, 03-8884 6000 telah dilencongkan ke talian 1MOCC, 03-8000 8000 mulai 30 Mac 2013 (Sabtu). YBhg. Dato’ Sri/Datuk / Dato'/Toh Puan/ Datin /Dr. / Tuan / Puan masih boleh menggunakan talian 03-8884 diikuti dengan nombor sambungan yang boleh dirujuk melalui direktori pegawai yang dipaparkan di portal www.moe.gov.my.

5.         Mohon perkara ini dihebahkan kepada warga Kementerian, Jabatan/Agensi YBhg. Dato’ Sri/Datuk / Dato'/Toh Puan/ Datin /Dr. / Tuan / Puan.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia

Joomla SEF URLs by Artio