Sukacitanya dimaklumkan Permohonan Guru Kontrak bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi tahun 2013 masih lagi dibuka.

Pemohon-pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menghantar borang dan dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. 2 Salinan Borang BPSM (Guru Kontrak MBMMBI)
  2. 2 Salinan Kad Pengenalan Yang Telah Disahkan
  3. 2 Salinan kenyataan Perkhidmatan Yang Telah Dikemaskini dan Disahkan
  4. 2 Salinan Kenyataan Cuti Yang Telah Dikemaskini dan Disahkan
  5. 2 Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahun Akhir (LNPT)
  6. 2 Salinan Sijil Ikhtisas dan Akademik Yang telah Disahkan
  7. 2 Salinan Laporan Perubahan / Kew.8 Pergerakan Gaji Tahun Terakhir dan Kew 8 bersara Wajib
  8. 2 Salinan Surat Kelulusan Faedah persaraan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  9. Laporan Pemeriksaan Doktor(Borang AM 402 - Pin 4/97)

Semua dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Pentadbiran Am, Tingkat 3, Blok A, Jabatan Pelajaran Perak, Jalan Tun Abdul Razak, 30640 Ipoh, Perak.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas boleh terus hubungi Unit Pentadbiran Am di talian am Jabatan Pelajaran Perak 05-501 5000.


Sekian, terima kasih.

Unit Pentadbiran Am,
Jabatan Pelajaran Perak

Joomla SEF URLs by Artio