Assalamualaikum ,
Salam 1 Malaysia,
Salam Perak  Aman Jaya.

Perhatian Dan Tindakan

Pengetua Dan Guru Besar.

PENILAIAN KENDIRI SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH ( SPKS )

 

Unit Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penilaian kendiri Penarafan Keselamatan Sekolah bermula 2012 secara on-line. Penilaian ini diisi 2 kali setahun.

 

Pihak tuan dipohon dan melengkapkan semua maklumat di dalam sistem tersebut mulai sekarang hingga 22 April 2013.  Pihak tuan juga dipohon mengisi ruangan catatan yang disediakan. Contoh komen: nyatakan kerosakkan atau penambaikan yang perlu diambil tindakan oleh pihak Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pelajaran Daerah. Maklumat ini diperlukan bagi menyediakan sekolah yang selamat dan kondusif kepada semua warga dan murid sekolah.

 

PERHATIAN:

 

SEMUA PENGISIAN MAKLUMAT AKAN DIPANTAU OLEH PPD DAN JPN. SEBARANG KELEWATAN PENGISIAN MAKLUMAT AKAN MENJEJASKAN NAMA SEKOLAH, PPD DAN JPN

 

BAGI SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERJAYA MENGISI DALAM TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN JABATAN PELAJARAN PERAK MENGUCAPKAN SYABAS dan TAHNIAH.

 

Sekian, terima kasih

 

Dari Unit Disiplin ,
Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pelajaran Perak.

 

Joomla SEF URLs by Artio