Hujan lebat tidak menghalang Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah untuk turun mengetuai kira-kira 2,000 peserta Kayuhan Muhibbah bersama rakyat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada malam Sabtu.

 

Baginda yang diiringi oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim memulakan kayuhan sejauh 8 kilometer tersebut di Dataran MBI dan berakhir di tempat yang sama.

 

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

 

Setiausaha MBI, Mohammad Zakuan Zakaria berkata, program tersebut mendapat sambutan mengalakkan bukan sahaja daripada wakil-wakil rakyat malah masyarakat setempat berbilang bangsa.

 

"Walaupun terpaksa meredah hujan lebat, Tuanku Sultan Nazrin tetap berkayuh tanpa henti bersama-sama dengan rakyat jelata dan berjaya menamatkan kayuhan sejauh lapan kilometer.

 

"Daripada pihak pengurusan, program ini ternyata mencapai matlamat untuk merapatkan hubungan pemimpin bersama rakyat dan diharap dapat diteruskan pada masa hadapan" katanya kepada pemberita selepas menamatkan kayuhannya di hadapan lobi MBI.

 

Menurutnya, kayuhan muhibbah itu turut diadakan bersempena dengan Hari Bandaraya Ipoh yang jatuh pada 27 Mei depan.

 

Program yang diadakan buat julung kali itu turut menganjurkan pertandingan basikal hiasan LED yang menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 bagi tempat pertama, tempat kedua RM750 dan RM500 bagi tempat ketiga.

 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon, Pengerusi Infrastruktur,Kemudahan Awam,Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan agensi dari sekitar negeri Perak.

Turut hadir bersama Tuan pengarah Pendidikan Perak, Haji Rozi bin Puteh Ismail dan beberapa orang staff dari Jabatan Pendidikan Perak

 phoca thumb l dsc05331phoca thumb l dsc05338                           

 phoca thumb l dsc05267phoca thumb l dsc05258

Sila klik di sini untuk melihat galeri