Kepada :
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak


Tuan,


PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2013


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2013. Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak telah menyediakan satu soalan tugasan KPMT bagi seluruh sekolah menengah Negeri Perak.


3.    Sehubungan dengan itu, tugasan dan dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2013 ini boleh dimuat turun dengan klik : Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 yang mengandungi dokumen-dokumen berikut: (Muat Turun Dokumen, Sila Rujuk Ruangan 'Attachments' Di Bawah)
             3.1 Soalan Tugasan KPMT 2013
             3.2 Garis Panduan KPMT 2013
             3.3 Rubrik KPMT 2013
             3.4 Borang Markah Pelajar KPMT 2013 Sekolah (untuk diisi oleh pihak sekolah)
             3.5 Borang Markah KPMT 2013 Daerah (untuk diisi oleh pihak PPD)


4.    Mohon kerjasama tuan untuk memastikan agar semua pelajar sekolah tuan yang mengambil matapelajaran Matematik Tambahan SPM 2013 melaksanakan tugasan tersebut dan guru yang terlibat dapat membimbing pelajar sehingga mencapai markah sekurang-kurangnya Gred D. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pen. PPD Sains Matematik).


Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.


b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak

Attachments:
Download this file (Borang markah KPMT 2013 Daerah.xls)Borang markah KPMT 2013 Daerah[Borang markah KPMT 2013 Daerah]94 kB
Download this file (Borang markah pelajar KPMT 2013 Sekolah.xls)Borang markah pelajar KPMT 2013 Sekolah[Borang markah pelajar KPMT 2013 Sekolah]35 kB
Download this file (Garis Panduan KPMT 2013.pdf)Garis Panduan KPMT 2013[Garis Panduan KPMT 2013]372 kB
Download this file (Rubrik KPMT 2013.pdf)Rubrik KPMT 2013[Rubrik KPMT 2013]336 kB
Download this file (Soalan Tugasan KPMT 2013.pdf)Soalan Tugasan KPMT 2013[Soalan Tugasan KPMT 2013]294 kB
Joomla SEF URLs by Artio