KOLOKIUM GURU TINGKATAN ENAM ZON UTARA 2015

Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama oleh MPM, BPSH, BPG, UPU dan OUM telah menganjurkan Kolokium Guru Tingkatan Enam Tahun 2015 bagi guru-guru Tingkatan Enam Zon Utara pada 28 Mei 2015 bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping. Negeri-negeri  yang terlibat ialah Negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Perasmian penutupan disempurnakan oleh Tuan Haji  Mat Lazim bin Idris, AMP. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

Tema kolokium: " Transformasi Tingkatan Enam: Hala Tuju Dan Cabaran".

Tujuan:

1. Mengenalpasti Isu Dan Cabaran Semasa Dalam Mentransformasikan Pendidikan Tingkatan 6.

2. Meningkatkan Tahap Kesedaran warga Pendidik Tingkatan 6 Untuk Menjayakan Transformasi Tingkatan 6.

3. Membina Jaringan Dengan Warga Pendidik Tingkatan 6 Seperti Yang Dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan      Malaysia  (PPPM)

Objektif:

1. Meningkatkan keintelektualan guru Tingkatan 6 selaras Transformasi Pendidikan Negara.

2. Membantu meningkatkan peranan dan imej guru tingkatan 6 sebagai penggerak transformasi tingkatan 6.

3. Memberi imput kepada para peserta yang terdiri daripada guru tingkatan 6.

 

Attachments:
Download this file (20150528_143100.jpg)20150528_143100.jpg[ ]2698 kB