Semua PPD, Pengetua/Guru Besar, PK/GK Pentadbiran dan Guru Data Negeri Perak,

Merujuk surat J.Pel.Pk.(ICT)4668/11/3/1 Jld.3(10) bertarikh 8 Januari 2013, semua sekolah dikehendaki mengemaskini data EMIS Online dari masa ke semasa sepanjang tahun 2013. Data yang dikemaskini hendaklah disemak ralat menggunakan Utiliti Semak Ralat versi JPN Perak.

Sehubungan itu, semua sekolah diingatkan kembali agar mengemaskini, menyemak , mengesah data dan menghantar perkara  berikut ke PPD masing-masing sebelum 30 April 2013.

1. Salinan Cetakan Laporan Pengesahan Sekolah dari EMIS Online yang disahkan.
2. Salinan Cetakan Semak Ralat EMIS 'Online' dari Utiliti Semak Ralat JPN Perak yang disahkan.

Data April 2013 yang kemaskini dan sah sangat diperlukan untuk tujuan analisis Maklumat Asas Pendidikan (MAP), KPM April 2013. Sehubungan itu, kerjasama semua PPD dimohon agar memastikan SEMUA SEKOLAH menghantar dokumen seperti dinyatakan di atas.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio