Semua Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Negeri Perak

Tuan,

PENGURUSAN BIASISWA 2013

Sukacita disertakan beberapa maklumat mengenai pengurusan biasiswa bagi bulan April 2013 untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

1.Pindaan Takwim Pengurusan Biasiswa BKP/BKPU/BS tahun 2013 yang baru.:-
                -Terdapat beberapa tarikh pindaan pengurusan biasiswa. Antaranya tarikh baru key-in permohonan
               BKP/BKPU secara online bagi Zon 3 dari 29 Apr - 5 Mei 2013 dipinda kepada 13-19 Mei 2013.

2.Cadangan pemarkahan PBS bagi murid tingkatan 2 dan Isu Kolej Vokasional    .

3.Semua permohonan BKP/BKPU 2013 dibuat melalui sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) yang dipaut dari
   Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
                -Semua guru biasiswa mesti didaftarkan sebagai Guru Biasiswa dalam sistem APDM oleh admin sekolah dalam aplikasi Pentadbir Sekolah.
                -Selepas itu melalui aplikasi “ Ke Sistem Biasiswa”.
                -Masuk ke sistem baru permohonan biasiswa - Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB)
                -Cetak Manual Pengguna- baca dan faham
                -PPD akan mengadakan taklimat APB mulai dari 15 hb.April 2013 kepada semua guru biasiswa di daerah masing-masing.

Disertakan Slide APB dan Manual APB untuk rujukan.

4.Program Biasiswa RHMC 2013.
                -Semua borang permohonan hendaklah sampai ke Unit HEM, JPN Perak pada atau sebelum 23 April 2013.

5.Pembayaran biasiswa tertanggung BKP/BKPU 2013
                -Pembayaran telah dikredit ke akaun murid pada 29 Mac 2013.Rujuk surat edaran yang telah diposkan ke semua sekolah.

Sebarang pentanyaan sila berhubung Penyelia HEM di daerah masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun dokumen di bahagian Attachment di bawah.

Sekian, terima kasih.

s.k
Semua PPD Negeri Perak.

Joomla SEF URLs by Artio