URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG44 KE GRED DG48 (BIDANG UMUM, BIDANG TEKNIKAL DAN BIDANG PENDIDIKAN ISLAM) TAHUN 2013 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menguruskan urusan kenaikan pangkat seperti di atas.

2.1

Lantikan ke Gred DG44 pada atau sebelum 31.12.2010.

   

2.2

Telah mengisytiharkan harta (Tahun 2009 ke atas).

   

2.3

Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah.

   

2.4

Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir sekurang-kurangnya 80%.

3.    Sehubungan dengan itu,  bagi pegawai yang berminat,  permohonan  hendaklah dibuat melalui sistem ePangkat Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.    Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 April 2013.

5.    Perakuan  Pegawai Pelajaran    Daerah/Pengetua/Guru Besar ialah selepas 24 April 2013 sehingga  2 Mei 2013.

6.    Ketua Jabatan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesahihan semua maklumat yang telah diperakukan.

7.    Ketua Jabatan hendaklah memastikan maklumat pegawai dalam sistem epangkat dikemaskinikan.  Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pegawai tidak boleh membuat permohonan melalui system epangkat.

8.    Panduan bagi pemohonan urusan pemangkuan tersebut boleh di muat turun melalui system epanagkat. Sebarang masalah, sila berhubung dengan jabatan ini di talian 05-5015059, 05-5015060, 05-5015061, 05-5015306 dan 05-5015064.

 

Joomla SEF URLs by Artio