Untuk perhatian:
Pegawai Pelajaran Daerah, PPD
Pengetua, Sekolah Menengah,
Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.

Dimaklumkan bahawa proses kelulusan Penyata Perubahan (Kew.8) Pelaksanaan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum akan diadakan serentak dengan operasi kelulusan Penyata Perubahan (Kew.8) Pergerakan Gaji tahun 2013. Dikemukakan surat daripada Jabatan ini dan Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan tujuan ini beserta contoh penyediaan. Selain itu, pihak tuan juga dipohon untuk mengemukakan senarai nama pegawai yang kekal berada di gaji KUP mulai 1 Januari 2013 menggunakan borang yang telah disediakan.

Tambahan: Merujuk surat JPN; J.Pel.Pk.(AM)4931/Jld.3(45) bertarikh 15 April 2013 yang telah dikepilkan, semua sekolah hendaklah menyediakan dua(2) jenis Penyata Perubahan (Kew.8) bagi setiap anggotanya iaitu:

1) Kew.8 Pemindahan Gaji Dalam Penambahbaikan Struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang baru mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 mulai 1 Januari 2013; dan

2) Kew.8 Pergerakan Gaji Tahun 2013 (termasuk pegawai yang berada di gaji maksima pada tahun 2012) mengikut Kadar KGT atas gred masing-masing tertakluk kepada Jadual Maksima di dalam PP 2 Tahun 2013.

Pegawai yang tidak perlu disediakan Kew.8 Pemindahan Gaji Dalam Penambahbaikan Struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) baru ini adalah pegawai yang tidak layak seperti dinyatakan di perenggan 7 pekeliling tersebut iaitu:

a) Pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

b) Pegawai Yang Dikenakan Tindakan Tatatertib dengan Hukuman Buang Kerja berkuat kuasa pada atau sebelum 1 Januari 2013.

c) Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2013.

Attachments:
Download this file (UPP, JGMM Gaji Min Max 2013.pdf)UPP, JGMM Gaji Min Max 2013.pdf[ ]3804 kB
Joomla SEF URLs by Artio