“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN“

“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

 

Semua Pengetua/ Guru Besar

SMKA/ SMK/ SABK/ SK/ SJK (C)/ SJK (T)

Negeri Perak

 

 

Tuan/ Puan,

 

SEMAKAN DAN PEMURNIAN DATA EMIS GURU PENDIDIKAN ISLAM 2013

 

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.       Dengan ini dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak telah mendapati bahawa data guru Pendidikan Islam di bawah pentadbiran tuan/puan masih belum dikemaskini sepenuhnya.

 

3.       Sehubungan dengan itu, Setiausaha Panitia Pendidikan Islam sekolah tuan/puan dipohon untuk memuat turun data di portal rasmi Jabatan Pelajaran Perak di alamat www.pelajaranperak.gov.my (tarikh surat siaran : 24.04.2013) dan membetulkan ralat (sekiranya ada) berdasarkan label guru yang dilampirkan.

 

4.       Data yang telah dikemaskini (samaada ralat ataupun tidak) perlu dicetak serta disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar dan difaks ke nombor 05-2424484 atau dihantar ke sektor ini (u.p. : Puan Zuraidah binti Abdul Hadi) sebelum atau pada 6 Mei 2013.

 

5.       Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/ puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Puan Zuraidah bt Abdul Hadi di talian 05-2414000.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

( HAJAH SALMIAH BINTI SABRAN )

Ketua Sektor Pendidikan Islam


b.p. Pengarah Pelajaran Perak

 

s.k.     Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Perak    

                (u.p. : Penyelia Pendidikan Islam)                                                                                        

Joomla SEF URLs by Artio