Dimaklumkan bahawa semua urusan pembayaran perkhidmatan internet dalam tempoh interim akan diuruskan oleh BTPN Perak mulai Januari 2013.

 
2.BTPN Perak telah mengedarkan bil perkhidmatan internet - TM Schoolbroadband kepada semua sekolah yang masih melanggan perkhidmatan tersebut. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk mendapatkan dan mengesahkan bil berkenaan dari PKG kelompok masing-masing. Makluman lanjut sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing."
 
3. Bagi sekolah yang telah menerima pemasangan perkhidmatan 1BestariNet, sukacita diingatkan kepada pihak sekolah agar membuat penamatan perkhidmatan internet interim dalam tempoh 30 hari dari tarikh User Acceptance Test (UAT) ditandatangani.
Joomla SEF URLs by Artio