Semua Pen. PPD/Penyelia ICT, Pengetua, Guru Besar, PK/GK Pentadbiran dan Guru Data
 
Mohon kerjasama semua pihak agar dapat melaksanakan semakan data EMIS Online seperti berikut;
 
1. Menyemak kembali dan mengesahkan kedudukan sekolah mengikut kawasan Parlimen dan DUN semperna PRU ke-13. Selepas semakan sila sahkan dengan klik butang SIMPAN. ( Bermakna semua Guru Data dikehendaki klik butang SIMPAN dalam Menu KEDUDUKAN SEKOLAH pada kadar segera ).
 
2. Memastikan data Guru/Staf pindah selesai dikemaskini sebelum jam 12.00 tengahari 30 April 2013.
 
3. Menyemak Ralat Data April 2013. Mohon kerjasama PPD sebarluaskan pengumuman ini dan memastikan semua sekolah menghantar cetakan berikut yang telah disahkan ;
   3.1 Cetakan Pengesahan Sekolah dari EMIS Online.
   3.2 Cetakan Pengesahan Semak Ralat Data EMIS dari Utiliti Semak Ralat versi JPN Perak.
 
4. JANGAN kunci masuk Kelas atau Enrolmen MURID TINGKATAN 6 BAWAH (PRA U) kerana murid belum melaporkan diri lagi bulan April ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak
 
 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian, terima kasih.
 
ABD RASHID BIN HJ SHAFIE
Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Tel:  05-5015200
Fak: 05-5279809
Joomla SEF URLs by Artio