Kepada

Pengetua/Penolong Kanan HEM/Guru Biasiswa/Guru Kelas

Sekolah-sekolah Menengah

Negeri Perak.

 

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID DI DALAM APDM

 

Adalah dimaklumkan bahawa Aplikasi Pengurusan Bantuan adalah submodul di dalam APDM. Aplikasi ini adalah untuk pengurusan bantuan pelajar termasuk biasiswa yang hanya boleh diakses oleh Guru Biasiswa yang telah didaftarkan di dalam APDM.

 

Sehubungan itu diminta semua guru kelas untuk memastikan maklumat murid , bapa/penjaga utama , ibu/penjaga kedua dikemaskini sepenuhnya. Sekiranya terdapat pelajar yang dirasakan layak tetapi nama pelajar tidak ada dalam Senarai Yang Layak, maka guru kelas perlu semak semula data pelajar. Perkara yang perlu diambi perhatian ialah seperti yang terdapat di dalam Lampiran di bawah.

 

Pelajar yang dipertimbangkan hanyalah pelajar yang telah mengisi BORANG MEMOHON BIASISWA sahaja. Guru Biasiswa hendaklah mengemaskini data pelajar yang layak di dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan.

 

 

Sekian,terima kasih.

 

 

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),

Jabatan Pelajaran Perak.

Joomla SEF URLs by Artio