Warga KPM yang dihormati sekalian,
 

Dalam usaha kita melangkah untuk menempuh jangka masa 13 tahun transformasi sistem pendidikan di Malaysia, penting bagi kita semua warga Kementerian untuk mengetahui perkembangan dan kemajuan terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.  Bagi merealisasi usaha ini, PADU telah menerbitkan Anjakan, satu buletin bulanan yang akan memberi tumpuan kepada pencapaian utama PPPM sehingga kini.  Anjakan akan dimuat naik di laman web KPM setiap akhir bulan.  Edisi April Anjakan dilampirkan bersama-sama hebahan ini (rujuk Attachment di bawah) yang memaparkan amanat Tan Sri KPPM dan laporan Majlis Pencapaian 100 Hari PPPM 2013 - 2025 di SMK Jalan 4, Bangi. 


PADU juga telah melancarkan kaji selidik untuk warga KPM untuk mengkaji persepsi  terhadap kemajuan proses transformasi pendidikan. Sila layari laman web KPM dan klik di banner Kajian Persepsi PPPM untuk memberikan respon kepada kaji selidik ini. Anda juga boleh mengakses kaji selidik tersebut di URL berikut - http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3252. Tarikh tutup kaji selidik ini adalah pada 31 Mei 2013.  Anda sangat-sangat digalakkan untuk melengkapkan kaji selidik ini sebelum tarikh tersebut.

Kerjasama semua warga KPM didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Salam Hormat,

Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU),
Kementerian Pendidikan Malaysia

Attachments:
Download this file (20130412-Anjakan-Isu-1.pdf)Anjakan Isu #1 [ ]765 kB
Joomla SEF URLs by Artio