evden eve nakliyat istanbul nakliyat istanbul evden eve nakliyat nakliyat nakliyat firmaları nakliye depolama istanbul evden eve nakliyat HEBAHAN PERINGATAN BERHUBUNG PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PEGAWAI AWAM - Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak

Cetak
Jumlah paparan: 7992

Salam Sejahtera

 

Tuan,

PERINGATAN BERHUBUNG PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PEGAWAI AWAM

Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan/ puan kepada perkara di atas.

2.         Sebagaimana tuan/ puan sedia maklum, Peraturan 5, Perintah Am Bab ‘G’, menyatakan bahawa:

“Semua pegawai, termasuk Ketua-Ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat-pejabat dalam masa yang ditetapkan. Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang menjaganya sebelum berbuat demikian”

3.         Sehubungan dengan itu, tuan/ puan diingatkan supaya mematuhi peraturan waktu bekerja yang ditetapkan. Peraturan ini bertujuan memastikan pegawai awam sentiasa integriti, amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Penjelasan lanjut boleh dirujuk dalam peraturan/ pekeliling berikut:

(a) Surat Edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui rujukan JPA(S)TT.233/2 Jld.2(1) bertarikh 08.04.2009; Pematuhan Waktu Bekerja Oleh Kakitangan Awam;

(b) Surat Edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui rujukan JPA(SARAAN)(S)1619 Klt.16(7) bertarikh 09.12.2009; Peraturan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G Mematuhi Waktu Bekerja; dan

(c) Surat Edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui rujukan JPA(S)TT.233/2 Jld.2(1) bertarikh 27.01.2010; Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Pegawai Awam.

4.         Kegagalan tuan/ puan mematuhi waktu bekerja boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Sekian.

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia

Joomla SEF URLs by Artio