Di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.

Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun. Bagi maksud ini, ' tempoh perisytiharan ' harta dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat. Sekiranya dalam tempoh perisytiharan harta yang ditetapkan itu seseorang pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau tidak melupuskan apa-apa harta, maka pegawai berkenaan perlu membuat pengakuan mengenainya dengan menggunakan borang seperti di LAMPIRAN A.

Bagi tujuan membuat jenis perisytiharan harta kali pertama dan harta tambahan, borang JPA(T)1/02 LAMPIRAN B. hendaklah digunakan.

Bagi tujuan membuat perisytiharan pelupusan harta, borang JPA(T)2/02 LAMPIRAN C hendaklah digunakan.

Pegawai yang gagal membuat perisytiharan harta, boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Attachments:
Download this file (BORANG HARTA KALI PERTAMA DAN TAMBAHAN LAMP B.doc)JPA(T)1/02 LAMPIRAN B[ ]47 kB
Download this file (BORANG PELUPUSAN HARTA LAMP C.doc)JPA(T)2/02 LAMPIRAN C[ ]44 kB
Download this file (BORANG TIADA PERUBAHAN HARTA LAMP A.doc)LAMPIRAN A[ ]38 kB
Joomla SEF URLs by Artio