Semua Ketua Sektor

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah Menengah

Dan Rendah Negeri Perak

 

Tuan/Puan

 

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTTTUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ MATRIKULASI DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SEGARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2013

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia KP(JNJK)600-60|B|1|4 Jld.5(11) bertarikh 23 Mei 2013 berhubung dengan perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di lnstitut Pendidikan Guru (lPG), lnstitut Aminuddin Baki (lAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC). Surat siaran berserta Borang Permohonan boleh tuan/puan muat turun di SINI -

http://www.moe.gov.my/jnjk/images/documents/failpdf/GCCTahun2013.pdf

 

3. Sehubungan itu, sukacita mendapat kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai-pegawai di bawah penyeliaan tuan/puan. Sekiranya terdapat pegawai-pegawai yang berminat Borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan terus ke alamat seperti:

 

Ketua Nazir

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p Sektor Penaziran Kepimpinan lnstitut Pendidikan)

 

 

4. Tarikh tutup permohonan pada hari Jumaat, 2l Jun 2013.

 

5. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Joomla SEF URLs by Artio