Unit Pusat Kokurikulum Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak telah mengadakan Kursus Pengurusan Ekspedisi Berkayak Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri, JPN Perak 2016 di Sungai Perak bermula dari Pusat Rekreasi Intan Suraya ke Medan Cendol dan Laksa Lembah, Kuala Kangsar pada 12-13 Februari 2016 yang lalu.

Seramai 70 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Kursus sebegini akan menaik taraf kemahiran Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak (PKN) yang mengendalikan aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Negeri. Selain teori pengendalian, amali dan pengalaman juga perlu bagi memastikan semua aktiviti dijalankan dengan impak tinggi dan selamat.

Antara teori yang perlu diketahui seperti pengurusan ekspedisi, logistik dan peralatan, bentuk-bentuk laluan di sungai, pembentukan formasi ekspedisi dan teknik dayungan formasi selain langkah-langkah keselamatan dan Prosedur Standard Operasi atau SOP (Standard Operating Procedure) diberikan kepada peserta pada hari pertama.

Praktikal keyakinan di air dan ekspedisi berkayak pula diadakan pada keesokan harinya. Aktiviti praktikal memakan masa selama 4 jam.

Pihak Pusat Kokurikulum Perak juga merakamkan penghargaan di atas kerjasama dan bantuan peralatan tambahan dari Pusat Kokurikulum Pulau Pinang dalam menjayakan kursus ini.

Foto oleh Mohammad Bin Pin : https://drive.google.com/folderview?id=0B9FkFywxlSiWb012aXVfbWsyWm8&usp=sharing

Laman Facebook : https://www.facebook.com/pknperak/

Joomla SEF URLs by Artio