Untuk melahirkan individu yang menghargai alam semulajadi dan menghayati kepentingan serta peranan untuk terus memeliharanya, Pusat Kokurikulum JPN Perak telah menganjurkan Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah 1Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2016 di Kem Tasoh Pusat Kokurikulum JPN Perlis pada 9 hingga 12 Mei 2016 lalu.

                Seramai 40 orang peserta di kalangan murid sekolah rendah seluruh Negeri Perak telah digabungkan bersama 120 orang peserta dari Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menjalani aktiviti seperti penerangan semaian benih dan canopy walk dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), permainan dinamika dan membina kolaj dari bahan terbuang atau kitar semula dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), menjelajah di Gua Kelam dan Kuiz di sekitar Galeri Gua Kelam.

                Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap ekologi alam semulajadi. Ia juga dapat meningkatkan nilai kecintaan dan penghargaan terhadap alam semulajadi di kalangan murid selain menyemai nilai kerjasama, muafakat dan perpaduan melalui aktiviti yang dijalankan bersama. Aktiviti seumpama ini juga dapat membentuk gaya kepimpinan bagi melahirkan bakal pemimpin yang akan menghargai alam sekitar pada masa akan datang.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWZkxOcjQ0RnBEZXc

Joomla SEF URLs by Artio