Aktiviti kokurikulum yang pelbagai kini semakin diminati oleh murid-murid terutamanya aktiviti yang mampu mencabar kemampuan dan kreativiti mereka. Selari dengan sifat semula jadi seorang murid yang memang dahagakan cabaran dan pengalaman baru yang lebih unik. Aktiviti perkhemahan mampu menjana pelbagai faedah kepada mereka yang terlibat seperti menjana sifat kreatif, kerjasama dan saling membantu.

Bagi menjayakan aktiviti Pendidikan Luar Perkhemahan Unit Beruniform SK Ulu Bernam, Pusat Kokurikulum JPN Perak telah turut sama menyumbang tenaga bagi menjayakan program yang diadakan pada 29-30 Julai 2016 lalu.

                                Seramai 70 orang peserta di kalangan murid dan guru SK Ulu Bernam terlibat menjalani aktiviti seperti flying fox, rapelling dan kawad kaki.

Guru Besar SK Sungai Klah En. Abdullah Bin Mat Johari dan PK Kokurikulumnya En. Rozlisham Bin Mohd Saad telah memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan program ini.

                Pihak Pusat Kokurikulum JPN Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir dan pengurusan sekolah kerana menjemput Pusat Kokurikulum JPN Perak dan memberi kepercayaan menjalankan aktiviti tersebut.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWSU9YM0JRd1Q4M00

Joomla SEF URLs by Artio