Pusat Kokurikulum JPN Perak telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 di Dewan Terbuka Pusat Kokurikulum Negeri JPN Perak Cawangan Batang Padang, Sungai Klah pada 31 Julai 2016 lalu. Majlis seumpama ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para Jurulatih Pusat Kokurikulum selain mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga di kalangan jurulatih.

                Seramai 120 orang yang hadir ke Majlis Jamuan Raya tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Persatuan Kebajikan Jurulatih (PEKEJU) En. Zamri Bin Abdul Rani dan Penyelaras Pusat Kokurikulum Negeri Cawangan (PKNC) Batang Padang En. Khairunnizam Bin Nuri.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWN3Rrdnd3eUlISGc

Joomla SEF URLs by Artio