Pusat Kokurikulum JPN Perak telah mengadakan Program Kem Ihya Ramadhan Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak Tahun 2016 di Pusat Kokurikulum Negeri JPN Perak Cawangan Kuala Kangsar, Trosor, Sungai Siput pada 14 hingga 17 Jun 2016 lalu.

                Seramai 80 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah menengah dari seluruh Negeri Perak telah menjayakan program tersebut. Program seperti ini dapat mendorong para pelajar menghidupkan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan mengerjakan amal ibadat      seperti solat malam, Tadarus Al-Qur’an, hafazan bacaan Tahlil serta doanya, amali pengurusan jenazah, soal jawab hukum hakam serta kemusykilan agama selain berbuka puasa dan Solat Tarawih secara berjamaah ke arah mempertingkatkan penghayatan Sunnah Nabi.

Selain dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek, program seperti ini memberi peluang para pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan dari sekolah lain.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWM3RGQnQ0UjJ5STg

Joomla SEF URLs by Artio