Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Menengah 1Malaysia anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia telah dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum Kedah dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Perak, Perlis dan Pulau Pinang di Pusat Kokurikulum JPN Kedah Daerah Padang Terap, Kem Pedu pada 23 hingga 26 Mei 2016.

                Peserta perkhemahan seramai 160 orang terdiri dari pelajar tingkatan 4 dari pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Program Perkhemahan Pendidikan Luar seumpama ini merupakan suatu proses pembelajaran yang dapat meningkatkan potensi psikomotor, kognitif dan efektif, membina kecerdasan fizikal, daya saing, mengasah kepimpinan dan sahsiah.

Peserta Negeri Perak melapor diri untuk latihan pusat 2 hari sebelum perkhemahan iaitu pada 21 Mei 2016. Semasa latihan pusat ini, peserta didedahkan dengan beberapa kemahiran seperti memasang dan menyimpan semula khemah, cara mengendalikan rakit, penerangan peralatan-peralatan untuk ikhtiar hidup serta pengurusan diri semasa perkhemahan. Selama 4 hari program perkhemahan ini, peserta menjalani 3 aktiviti iaitu berakit menelusuri sungai pedu, aktiviti ikhtiar hidup di Teluk Mas dan orientering di sekitar kawasan tapak perkhemahan.

Galeri Foto :

https://drive.google.com/open?id=0B9FkFywxlSiWWUxtMGpycUZYUDQ

Joomla SEF URLs by Artio