Semua Ketua Sektor,

Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

 

Semua Pegawai Pelajaran Daerah,

Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak.

 

Tuan/Puan.

 

AUDIT DALAM MS ISO 9001:2008 JPN DAN PPD NEGERI PERAK TAHUN 2013

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Dalam MS ISO 9001:2008 di JPN Perak dan semua PPD negeri Perak akan diadakan mulai 23 hingga 26 Julai 2013.  Audit Dalam ini merupakan keperluan mandatori di bawah seksyen 8.2.2, ISO 9001:2008.

3.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan dimohon memastikan semua pegawai dan staf memberi komitmen sepanjang tempoh audit dalam berlangsung.  Sekiranya terdapat pegawai yang mempunyai tugasan di luar, wakil yang terlibat secara langsung dengan proses berkenaan perlu disediakan untuk diaudit. 

4.        Bersama-sama ini disertakan jadual audit untuk perhatian dan tindakan tuan/puan selanjutnya.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Pengurus Kualiti JPN Perak, Puan Mazzleza bt Ab Wahab atau Ketua Juru Audit JPN Perak, Encik Mohamad Hazawawi bin Yusof di talian 05-2414000.

 

Sekian.  Terima kasih.

Attachments:
Download this file (JADUAL AUDIT DALAM 2013.docx)JADUAL AUDIT DALAM 2013.docx[ ]15 kB
Joomla SEF URLs by Artio