Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak



Tuan,

PENGUMPULAN MAKLUMAT RUANG PENYIMPANAN KOMPUTER RIBA


Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan, masih terdapat sekolah yang masih belum membuat pengisian maklumat seperti yang tersebut di atas.

Sehubungan itu, pihak tuan, adalah dimohon untuk memberikan maklumat lengkap berkenaan ruang penyimpanan komputer riba di pentadbiran tuan sebelum atau pada 11 Januari 2013. Sekiranya pihak tuan masih gagal membuat pengisian tersebut, maklumat aset di pentadbiran tuan tidak akan dikemaskini di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA), KPM.

Maklumat tersebut hendaklah diisi dengan menggunakan Sistem Pengurusan ICT yang boleh diakses di pautan berikut :

http://pelajaranperak.gov.my/spict/


Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, sila hubungi pegawai bertanggungjawab Puan Siti Suryana binti Haji Awang di talian 05-501 5203.

 

Kerjasama pihak tuan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian,

 
Unit Pembangunan dan Khidmat Rundingcara
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),
Jabatan Pelajaran Perak

Joomla SEF URLs by Artio