PERHATIAN KEPADA:

Semua Guru Besar,

Sekolah Rendah Negeri Perak.

 

Tuan/Puan,

MAKLUMAT PANITIA BAHASA MALAYSIA, BAHASA INGGERIS, PENDIDIKAN SENI, PENDIDIKAN MUZIK, PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DAN KEMAHIRAN HIDUP 2013

 

Perkara di atas dirujuk.

 

2.     Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi surat KP(BPSH-SPSR)402/03/01/Jld.3(13) bertarikh 7 Mei 2013 sedang berusaha untuk mengemaskini data Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan panitia-panitia lain di bawah bidang kemanusiaan.

3.     Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama untuk melengkapkan butiran yang terdapat dalam borang yang boleh dimuat turun di bahagian "attachments". Maklumat yang telah lengkap mestilah:

        3.1 Diemailkan dengan segera kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

        3.2 Nama fail hendaklah ditukarkan kepada KOD SEKOLAH tuan/puan

        3.3 Tarikh akhir penghantaran email adalah pada 30 JUN 2013

4.     Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Zoraimi Bin Shariff di talian 05-2414000 sambungan 298 atau 019-4547286. Ini merupakan makluman ulangan. Sila abaikan sekiranya pihak tuan/puan telah mengambil tindakan.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik

   

 

 

 

 

 

Joomla SEF URLs by Artio