Semua Ketua Sektor

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Semua Pengetua Sekolah Menengah

Semua Guru Besar Sekolah Rendah

 

Tuan,

 

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N22 KE GRED N26 BAGI NEGERI PERAK TAHUN 2013 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

 

Dengan merujuk kepada surat KP.SULIT(NP)0063/27/6Jld.20(90) bertarikh 21 Mei 2013 berhubung perkara di atas.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang melaksanakan urusan pemangkuan bagi Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26. Calon-calon yang layak adalah seperti berikut:

 

2.1 dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 sebelum atau pada 31 Disember 2010 secara hakiki atau ;

 

2.2 dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 secara Time Based (KUP) dan ditempatkan secara hakiki ke jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 sebelum atau pada 31 Disember 2010.

 

Surat Siaran dan Borang-borang yang berkaitan dengan permohonan boleh di muat turun melalui pautan di bawah.

 

Semua dokumen tersebut hendaklah dikemukakan ke jabatan ini dengan segera (u.p. Unit Naik Pangkat) pada atau sebelum 14 Jun 2013.

 

Oleh kerana maklumat tersebut diperlukan segera pohon kerjasama tuan / puan untuk menghantar secara faksimili terlebih dahulu dan memaklumkan melalui telefon ke Unit Naik Pangkat.

 

Sekian,Terima kasih.

 

Unit Naik Pangkat.

Attachments:
Download this file (Pemangkuan PT N22 ke N26 Tahun 2013.pdf)Pemangkuan PT N22 ke N26 Tahun 2013.pdf[ ]6776 kB
Joomla SEF URLs by Artio