Pengetua Sekolah Menengah

dan


Guru Besar Sekolah Rendah

 

Tuan,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN "GO GREEN STUDENTS CAMP 2013" DI SMK RAJA PEREMPUAN IPOH, PERAK

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Sekolah (Projek Khas/SBP/Kluster), Jabatan Pelajaran Perak bersama SMK Raja Perempuan Ipoh akan menganjurkan Program Go Green Student's Camp 2013 yang akan diadakan seperti ketentuan berikut :

          Tarikh : 15 - 19 Jun 2013

          Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang

          Tempat : SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak

3. Sehubungan itu, sekolah-sekolah yang berhampiran (menengah dan rendah) yang berminat adalah dijemput menghadiri program pameran tersebut serta mematuhi peraturan dan prosedur lawatan seperti yang ditetapkan.

4. Bagi maklumat lanjut pihak tuan boleh menghubungi pihak penganjur iaitu SMK Raja Perempuan Ipoh di Talian 05-2494830 atau melayari laman sesawang http://smkrajaperempuanipoh.com/ggsc2013/.

Sekian terima kasih.

 

Pengurusan Projek Khas/SBP/Kluster

Sektor Pengurusan Sekolah

 

 

Attachments:
Download this file (SURAT JEMPUTAN PROGRAM CERAMAH.pdf)SURAT JEMPUTAN PROGRAM CERAMAH.pdf[ ]590 kB
Joomla SEF URLs by Artio