Salam Sejatera / Salam 1Malaysia,

 

Kepada :

Semua Guru Besar Sekolah Rendah

(Daerah Perak Tengah & Daerah Hulu Perak sahaja)

 

KURSUS PENDEDAHAN MODUL ASAS 3 & KELESTARIAN NUMERASI (DAERAH PERAK TENGAH & DAERAH HULU PERAK), PERINGKAT NEGERI PERAK 2013

Perkara di atas adalah dirujuk. Surat kepada semua peserta kursus kedua-dua daerah telahpun diedarkan melalui PPD masing-masing pada minggu lepas. Di bawah adalah attachment softcopy surat peserta kursus dan lampiran berkaitan kursus. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan peserta kursus daerah tuan akan melaksanakan 'In-House Training" (kursus dalaman) kepada semua guru Matematik Tahun 1 hingga Tahun 6 supaya segala input yang disampaikan semasa kursus di peringkat negeri dapat dikongsikan dan di'update' oleh warga sekolah khususnya guru-guru Matematik. Kursus dalaman boleh dijalankan secara berperingkat melibatkan tempoh 2-3 hari supaya segala input dapat dikongsikan dan dimanfaatkan bersama-sama. Mohon dapat dijalankan in-house training pada tahun ini dan tidak ditangguhkan ke hujung tahun atau tahun hadapan. Format Laporan Kursus Peringkat Sekolah akan ditaklimatkan dan diberikan semasa kursus kelak.

Tarikh : 16-18 Jun 2013 (Ahad - Selasa)

Masa (Pendaftaran Hotel) : 2.00-2.45 petang (16 Jun 2013) - Ahad

Masa taklimat Bermula : 3.00 - 4.30 petang (16 Jun 2013) - Ahad

Tempat : Dewan Perdana 1 (Daerah Perak Tengah) & Dewan Perdana 2 (Daerah Hulu Perak)

Pakaian : Rasmi

Makan dan penginapan disediakan secara pakej dan tuntutan perjalanan menghadiri kursus adalah berdasarkan kadar satu tempat duduk teksi ke jabatan ini menggunakan peruntukan LINUS (Lit BM dan Num). Taklimat tuntutan perjalanan akan disampaikan dalam slot Urus Setia (petang-16 Jun 2013). Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pegawai kami En. Nor Hisham Bin Fahmi, Pen. Pengarah Matematik di talian 05-2414000 samb. 122 atau 019-4761240.   

 

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pelajaran Perak.

 

Joomla SEF URLs by Artio