Salam Sejahtera / Salam 1M,

Kepada :

Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak
Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Perak


Tuan,


SASARAN AKADEMIK PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 20I3


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusa Akademik (SPA) sedang dalam usaha memantapkan pengurusan Headcount semua peringkat termasuk JPN, PPD dan sekolah. Oleh itu SPA telah menyediakan tapak untuk pengisian data sasaran akademik peperiksaan awam [UPSR, PMR dan SPM] bagi tahun 2013 secara atas talian.


3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan data tersebut secara atas talian di alamat  www.infomurid.com/spa/ pada menu "Headcount" diikuti dengan submenu "Sasaran Akademi (GPS)" dan "Sasaran Akademik (GPMP)". Tuan boleh menggunakan kod sekolah masing-masing sebagai ID pengguna dan kata laluan. Tarikh akhir pengisian data tersebut sebaik-baiknya adalah sebelum 20 Jun 2O13 kerana Tuan Pengarah akan dipanggil menghadiri mesyuarat di peringkat KPM pada 20 Jun 2013.


4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Hamizah bt. Abdul Hamid di talian 019-5551792.


Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

SURAT RASMI berhubung perkara di atas adalah sepert attachment di bawah.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Attachments:
Download this file (PEPERIKSAAN.pdf)PEPERIKSAAN (Surat rasmi)[ ]629 kB
Joomla SEF URLs by Artio