Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia kepada semua warga JPN dan PPD Negeri Perak.

Audit SIRIM tahun 2012 dan audit kewangan telah menjumpai berbagai penemuan yang tidak dikenalpasti oleh Juruaudit Dalam MS ISO 9001:2008 pada tahun yang sama.  Semasa Mesyuarat Penutupan Audit SIRIM 2012 di KPM, Juruaudit Dalam MS ISO 9001:2008 diminta supaya membuat penambahbaikan dalam proses audit supaya proses audit tersebut lebih terperinci dan telus.

Sehubungan dengan itu, mulai tahun 2013 pendekatan baharu telah diperkenalkan kepada Juruaudit Dalam MS ISO 9001:2008 mengenai kaedah pengauditan.  Penggunaan kaedah baharu ini akan dilakukan secara menyeluruh di JPN Negeri Sembilan, JPWP Labuan dan BPSH bagi tahun ini di mana juruaudit tidak akan mengaudit mengikut Prosedur Kualiti seperti kebiasaan sebaliknya juruaudit akan mengaudit  berdasarkan pematuhan kepada keperluan standard.

Bagi lokasi lain, pengauditan mengikut  Prosedur Kualiti masih dijalankan seperti biasa dan pengauditan mengikut keperluan standard akan dilakukan secara semak silang.

Dengan kaedah baharu ini, lebih banyak ketidakakuran akan dijumpai.  

Bagi memudahkan pemahaman kepada semua warga, berikut disertakan perkara-perkara mengikut keperluan seksyen untuk makluman dan perhatian semua.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengurus Kualiti JPN Perak, Pengurus Kualiti Daerah atau Ketua Juru Audit JPN Perak.

Terima kasih

Attachments:
Download this file (PENGAUDITAN BERASASKAN SEKSYEN.doc)PENGAUDITAN BERASASKAN SEKSYEN.doc[ ]45 kB
Joomla SEF URLs by Artio