Tuan

TAKLIMAT AUDIT DALAM MS ISO 9001:2008 JPN DAN PPD NEGERI PERAK TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Audit Dalam MS ISO 9001:2008 JPN dan PPD Negeri Perak bagi tahun 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

            Tarikh              :           17 Jun 2013 (Isni)

             Masa              :           8.30 pagi – 5.30 petang;

             Tempat          :           Bilik Gerakan PPD Kuala Kangsar.

3.         Untuk makluman tuan, taklimat tersebut diadakan untuk memastikan pengurus kualiti daerah dan sektor mengetahui segala keperluan dan persediaan dalam menghadapi audit dalam tersebut.  Sesi simulasi audit dalam juga akan dilaksanakan melibatkan PPD Kuala Kangsar untuk membolehkan peserta mesyuarat memahami kaedah pengauditan yang sebenarnya.

4.         Sehubungan dengan itu, semua Pengurus Kualiti Daerah, Pengurus Kualiti Sektor dan juruaudit dalam diminta hadir dalam taklimat tersebut.   Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Puan Mazzleza bt Ab Wahab di talian 05-242 4000.

 

Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 
Joomla SEF URLs by Artio