Verifikasi stok Pusat Kokurikulum JPN Perak 2017 telah dijalankan bermula 6 hingga 19 Januari 2017 di Pusat Kokurikulum Negeri Pulau Pangkor dan Pusat Kokurikulum Negeri Cawangan (PKNC) Larut Matang dan Selama serta Kerian di SK Siputeh, PKNC Kuala Kangsar di SK Trosor Lama, PKNC Perak Tengah diPusat Kegiatan Pelajar Lambor Kanan, PKNC Hulu Perak di SK Beng, PKNC Kinta Utara di Gunung Lang, PKNC Kinta Selatan di SK Seri Jaya dan PKNC Batang Padang di SK Sungai Klah.

            Kerja-kerja memeriksa kondisi setiap peralatan dan kelengkapan tersebut dilakukan oleh para pegawai dan kakitangan Unit Pusat Kokurikulum dengan kerjasama guru yang berada di sekolah-sekolah di mana peralatan PKNC ditempatkan.

            Verifikasi ini dijalankan dengan teliti dan terperinci pada setiap hujung atau awal tahun bagi memastikan setiap peralatan dan kelengkapan berada dalam kondisi yang baik dan selamat digunakan terutamanya bagi aktiviti yang berisiko tinggi. Ia juga selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia kepada setiap Pusat Kokurikulum Negeri.

Pautan ke Galeri Gambar : http://jpnperak.moe.gov.my/galeri-portal/spk/index.php?album=Verifikasi+Stok+PKN+2017&p=1

Joomla SEF URLs by Artio