Program Kursus Pemantapan Organisasi Dan Budaya Kerja Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan membuka tirai tahun 2017 Pusat Kokurikulum Negeri Perak.

Program sulung 2017 ini diadakan di Pusat Kokurikulum JPN Perak, Jalan Pasir Bogak, Pangkor pada 20-22 Januari 2017.

Para peserta dari kalangan pegawai dan kakitangan yang dipimpin oleh Tuan Haji Mat Jaafar Bin Haji Mat Zin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan yang bersama-sama turut serta dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Kursus yang berbentuk aktiviti outdoor dan team building ini dirancang bertujuan mengekal dan meningkatkan lagi momentum dan budaya kerja cemerlang di kalangan warga PPD Kinta Selatan dengan slogan “Kinta Selatan Excellent!” yang sering dilaungkan bersama sepanjang program.

            Program selama tiga hari dua malam yang bermula pada petang Jumaat dan berakhir pada pagi Ahad itu berjalan dengan lancar dan selamat. Antara aktiviti yang dilakukan seperti permainan dinamika kumpulan, keyakinan di air, ekspedisi berkayak, jelajah hutan, ikhtiar hidup, rappelling, aktiviti kerohanian, pengendalian majlis rasmi dan lain-lain lagi.

Pautan ke Galeri Gambar : http://jpnperak.moe.gov.my/galeri-portal/spk/index.php?album=Kursus+Pemantapan+Organisasi+PPDKS

Joomla SEF URLs by Artio