Satu Lawatan Kerja ke Pusat Kokurikulum JPN Perak telah dijalankan oleh Pusat Kokurikulum JPN Terangganu di Pangkor pada 2-3 Februari 2017.

Rombongan Pusat Kokurikulum JPN Terengganu tersebut diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Sohaimi Bin Zakaria, Ketua Unit Pusat Kokurikulum JPN Terengganu dalam kerangka untuk menjadikan Kompleks Pusat Kokurikulum Terengganu yang baru sebagai versi terbaiknya. 

Selain perkongsian ilmu dan percambahan idea, dengan melihat sendiri suasana pengurusan di negeri lain dapat membugarkan lagi idea kedua pihak bagi gerak kerja di tempat masing-masing khususnya bagi operasi pada peringkat awal pembukaan Kompleks Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu yang baru dan dijangka siap selewat-lewatnya pada bulan April 2017 ini nanti. 

Para pegawai dan kakitangan dari kedua-dua negeri juga dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi selain berbincang dan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi tahap kualiti kerja dalam skop bidang tugas yang sama.  

Para tetamu dibawa melihat sendiri dokumentasi dan tapak lokasi aktiviti serta sistem pengurusan aset selain diberi penerangan dan perbincangan di lokasi berkenaan. 

Pautan ke Galeri Gambar :

http://jpnperak.moe.gov.my/galeri-portal/spk/index.php?album=Lawatan+Kerja+PKN+Terengganu+ke+PKN+Perak&p=1

http://jpnperak.moe.gov.my/galeri-portal/spk/index.php?album=Lawatan+Kerja+PKN+Terengganu+ke+PKN+Perak&p=2

Joomla SEF URLs by Artio