Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Pejabat Pelajaran Daerah negeri Perak

 

Tuan,

PERMOHONAN SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2014 MELALUI e-SSem

Sukacita merujuk surat KP.BKK.(SENI)500-13/Jld.002(93) bertarikh 23 Mei 2013 adalah berkaitan.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) akan mengaktifkan e-SSem iaitu sistem permohonan secara online ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi persekolahan 2013.

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan memanjangkan perkara ini ke sekolah-sekolah rendah di daerah tuan. Untuk makluman tuan sistem e-SSeM ini dapat diakses di http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan dan juga di laman web KPM www.moe.gov.my mulai 30 Mei 2013 hingga 6 September 2013. Selain itu, disertakan surat siaran dari Jabatan Pelajaran Perak untuk rujukan tuan.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ramli bin Abu Itam, Unit Kokurikulum, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN di talian 05-5015150.

Sekian terima kasih

 

Pengurusan Murid

Unit Sekolah Rendah, SPS & Unit Kokurikulum, SPK

Attachments:
Download this file (surat siaran.pdf)surat siaran.pdf[ ]537 kB
Joomla SEF URLs by Artio