Semua Pegawai Pelajaran Daerah, Negeri Perak

 

Tuan,

 

LAPORAN PERATUSAN PENGISIAN REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN BAGI PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN SEKOLAH-SEKOLAH MENGIKUT PEJABAT PELAJARAN DAERAH BAGI BULAN MEI 2013

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas.                                                                                           

 

2.         Bersama-sama ini disertakan perkara berikut untuk perhatian dan tindakan  tuan selanjutnya.

2.1       Status data pengisian Rekod Peribadi di PPD sehingga 31 MEI 2013;

2.2       Status data pengisian Profil Perkhidmatan di PPD sehingga 31 MEI 2013;

2.3       Status data pengisian Rekod Peribadi di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mengikut PPD sehingga 31 MEI 2013; dan

2.4       Status data pengisian Profil Perkhidmatan di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mengikut PPD sehingga 31 MEI 2013.

 

3.         Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama  tuan untuk meningkatkan lagi peratus pengisian Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan untuk mencapai sasaran 100 peratus bagi setiap elemen.

 

Sekian, terima kasih.

Unit HRMIS,
Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan,
Jabatan Pelajaran Perak

Joomla SEF URLs by Artio