Cetak
Jumlah paparan: 10345

1.      Di manakah calon-calon peperiksaan boleh mendapatkan sijil-sijil peperiksaan yang telah diduduki?

Sijil atau Penyata peperiksaan UPSR, PMR dan SPM  di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) manakala Sijil atau Penyata STPM dan MUET dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) setahun selepas keputusan peperiksaan tersebut diumumkan. Calon-calon sekolah boleh mendapatkan sijil-sijil peperiksaan masing-masing di sekolah di mana calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Manakala calon-calon persendirian boleh datang ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil peperiksaan masing-masing atau memohon melalui pos dengan menyertakan sampul Pos Ekpress beralamat sendiri, salinan kad pengenalan yang telah disahkan dan salinan slip keputusan peperikssan berkenaan.

 

2.      Adakah pihak LPM atau MPM mengenakan bayaran kepada pemilik sijil yang lewat mengambil sijil         mereka?

Hanya sijil yang dikeluarkan oleh MPM sahaja yang dikenakan bayaran. Setelah 18 bulan sijil berada di sekolah atau JPN, pihak MPM akan mengutip semula semua sijil STPM yang belum dituntut. Pihak MPM akan mengenakan bayaran RM50.00  bagi pemilik yang menuntut sijil selepas itu. 

 

3.      Bolehkah sijil yang telah rosak atau sijil yang hilang diganti dengan sijil yang baru?

Tidak boleh. Pihak LPM atau MPM hanya akan mengeluarkan salinan kepada sijil asal.

 

4.      Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan sijil yang telah rosak/hilang?

Pemilik sijil boleh membuat permohonan mendapatkan salinan sijil dengan mengisi Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan yang boleh didapati dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran dan menghantar/poskan terus ke LPM atau MPM.

 

5.     Adakah lain-lain keperluan dan bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan salinan sijil yang telah rosak atau hilang?

Bagi permohonan salinan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh LPM, selain daripada satu salinan borang yang telah diisi lengkap pemilik sijil hendaklah menyertakan:-

 

Bagi permohonan salinan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh MPM, selain daripada satu salinan borang yang telah disi lengkap pemilik sijil hendaklah menyertakan:-

 

6.      Saya seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon untuk menjadi pemeriksa kertas peperiksaan?

Tuan boleh membuat permohonan samada ke Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia. Borang permohonan boleh didapati dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.

 

7.      Keluarga saya telah berpindah ke negeri lain. Bolehkah saya menukar tempat saya mengambil peperiksaan?

Tuan boleh membuat permohonan pindah pusat peperiksaan dengan mengemukakan borang permohonan ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dengan bayaran tertentu mengikut jenis peperiksaan.

 

8.    Saya telah dipanggil bermesyuarat di Pulau Pinang oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bolehkah saya menggunakan kapal terbang? Jika boleh bagaimana  caranya?

Tuan boleh mendapatkan tiket kapal terbang melalui Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri. Caranya tuan perlu menunjukkan surat panggilan mesyuarat dan menyatakan tarikh penerbangan untuk tujuan tempahan tiket.

 

9.    Saya telah mendaftar PTK di daerah Batang padang. Bolehkah saya mengambil peperiksaan di Parit Buntar?

Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tidak mengendalikan peperiksaan PTK. Tuan perlu merujuk kepada pegawai peperiksaan di Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan.

 

10.   Adakah pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri juga mengendalikan peperiksaan lain selain daripada peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia?

Pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan pelajaran Negeri juga mengendalikan beberapa peperiksaan luar negeri seperti ABRSM, ACCA, ABE, ICSA, ISBA dan Universiti of London.

 

11.    Saya telah dilantik sebagai Ketua Pengawas peperiksaan. Bilakah saya akan menerima tuntutan elaun pengawasan saya?

Tuan akan menerima elaun pengawasan tuan dalam masa 2 minggu selepas borang tuntutan diserahkan. Tuntutan tuan akan dikreditkan ke dalam akaun bank tuan.

Joomla SEF URLs by Artio