Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam 

 

1.     Adakah perlu memohon untuk masuk ke T6 Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam bawah akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM (minggu pertama bulan Mei setiap tahun). Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan akan dinyatakan. 

 

2.     Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke tingkatan enam bawah bagi tujuan pendaftaran masuk?

Pada calon yang layak, klik butang [SURAT TAWARAN] pada halaman laman web KPM yang dipaparkan. 

 

3.     Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke tingkatan enam bawah? 

Syarat wajib kelayakan yang paling utama ialah memperolehi KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang dari 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa. 

 

1) Untuk memasuki jurusan Kemanusiaan: Memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian mata pelajaran serta jumlah mata kognat tidak melebihi 8 unit (bagi Tiga mata pelajaran tersebut). Tiap-tiap satunya hendaklah dari kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

 

KUMPULAN               MATA PELAJARAN

I                                   Bahasa Melayu   

II                                  Bahasa Inggeris  

III                                 Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan   Inggeris   

IV                                Sejarah  

V                                 Geografi / Pendidikan Seni Visual  

VI                                Pendidikan Islam / Pendidikan Moral  

VII                               Matematik / Matematik Tambahan  

VIII                              Sains / Sains Tambahan / Applied Science  

IX                                Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)  

X                                 Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / endidikan Syariah Islamiah  

XI                                Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil   

XII                               Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan  

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata kognat 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan diatas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah  dengan syarat terdapat kekosongan tempat.   

2) Untuk memasuki jurusan Sains: Memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian mata pelajaran serta jumlah mata kognat tidak melebihi 18 unit (bagi Tiga mata pelajaran tersebut). Tiap-tiap satunya hendaklah dari kumpulan yang berlainan seperti berikut  

KUMPULAN               MATA PELAJARAN  

I                                   Matematik / Matematik Tambahan  

I I                                  Fizik  

III                                 Kimia  

IV                                Biologi  

V                                 Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.  

 

4.    Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat?

 

Rujuk jadual di bawah

 

Gred SPM sebelum 2009 Gred SPM 2009 keatas  Nilai Mata Gred (Kognat)
1A         A+ dan A 1
2A         A- 2
3B         B+ 3
4B         B 4
5C         C+ 5
6C         C 6
7D         D 7
8E         E 8
9G         G 9

 

 

5.    Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya? 

Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Pertama, lengkapkan borang Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (RTJT6) di sekolah tersebut - dapatkan pengesahan pengetua. Pastikan alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan "Tidak Berminat" dan seumpamanya tidak diterima. Kedua, berjumpa dengan Guru Kaunseling untuk dibuat penilaian Inventori Minat Kerjaya (Vocational Preference Inventory - VPI) - dapatkan pengesahan Guru Kaunseling. Hantar kedua-dua borang yang telah lengkap (RTJT6 dan VPI) ke Jabatan Pelajaran Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen.

 

6.     Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke tingkatan enam? 

Buat rayuan menggunakan borang T6BKK melalui sekolah asal di mana SPM diambil. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Hantar borang melalui sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen.

 

7.    Bolehkah lepasan SPM dari sekolah swasta / calon persendirian memohon untuk masuk ke tingkatan enam di sekolah kerajaan? 

Buat permohonan menggunakan borang T6BCP. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Hantar borang ke Jabatan Pelajaran Negeri (U/P: Penolong Pengarah Pengurusan Tingkatan Enam, Sektor Pengurusan Sekolah).

 

8.     Sekiranya keputusan STPM kurang memuaskan dan ingin mengulang kembali STPM di sekolah kerajaan (mengulang tingkatan enam atas), bolehkan ianya dilakukan? 

Buat rayuan menggunakan borang T6BUS melalui sekolah asal dimana STPM diambil dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh keputusan STPM diumumkan. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Hantar borang melalui sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. 

 

 

9.     Seseorang yang telah ditawarkan ke tingkatan enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah (tingkatan enam yang lain) atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya; bagaimanakah caranya? 

Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. Serahkan borang tersebut kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah / negeri, serahkan borang kepada PPD di daerah sekolah yang ingin dipohon itu berada.

 

 

10.   Adakah sebarang panduan untuk saya memilih kombinasi mata pelajaran di tingkatan enam supaya ia sejajar dengan cita-cita saya (boleh digunakan apabila memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi)?

Berikut adalah cadangan kombinasi mata pelajaran untuk calon agar bersesuaian apabila ingin melanjutkan pelajaran kelak. Ia SEBAGAI PANDUAN UMUM sahaja, maklumat yang lebih jelas boleh diperolehi dari Guru Bimbingan Kaunseling & Kerjaya di sekolah masing-masing

 

BIL

JENIS KURSUS KOD MATA PELAJARAN SUBJEK PILIHAN
1 Bahasa/Sastera 900 Pengajian Am
910 Bahasa Melayu
911 Bahasa Cina
912 Bahasa Tamil
920 Literature in English
922 Kesusasteraan Melayu
       
2 Agama/Arab 900 Pengajian Am
913 Bahasa Arab
930 Syariah
931 Usuluddin
       
3 Sains sosial 900 Pengajian Am
940 Sejarah
942 Geografi
944 Ekonomi
       
4 Undang-undang 900 Pengajian Am
920 Literature in English
940 Sejarah
- M/pelajaran lain
       
5 Pengurusan Perniagaan/Perakaunan 900 Pengajian Am
944 Ekonomi
946 Pengajian Perniagaan
948 Perakaunan
950 Mathematics S
       
6 Sains aktuari 900 Pengajian Am
950/ 954 Mathematics S/ Mathematics T
- M/pelajaran lain
       
7 Sains Matematik 900 Pengajian Am
954 Mathematics T
- M/pelajaran lain
       
8 Sains Komputer 900 Pengajian Am
950/954 Mathematics S/ Mathematics T
958 Perkomputeran
- M/pelajaran lain
       
9 Sains Fizik/ Kejuruteraan 900 Pengajian Am
954 Mathematics T
960 Physics
962 Chemistry
10 Sains Hayat/ Perubatan/Farmasi 900 Pengajian Am
954 Mathematics T
962 Chemistry
964 Biology
       
11 Sains sukan 900 Pengajian Am
966 Sains Sukan
- M/pelajaran lain
   
       
12 Kesenian 900 Pengajian Am
970 Seni Visual
- M/pelajaran lain

  

11.   Sekolah manakah di negeri Perak yang menawarkan tingkatan enam?

Senarai sekolah yang menawarkan tingkatan enam di negeri Perak

 

 

BIL

 

POSKOD
KOD SEKOLAH PUSAT

 

NAMA SEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM

 

Telefon

 

Fax
JURUSAN DITAWARKAN
SAINS KEMANUSIAAN AGAMA
L P L P L P
Kategori : SMK Harian Biasa                
1 30000 AEB2044 SMK ST. MICHAEL 052540418 052540487 1 1 1 1    
2 30020 AEA2056 SMK JELAPANG JAYA 055282149 055282148     1 1    
3 30100 AEB2060 SMK DR MEGAT KHAS 055276485 055280427     1 1    
4 30200 AEB2045 SMK METHODIST (ACS) 052549336 052414604 1 1 1 1    
5 30200 AEB2057 SMK SRI PUTERI 052540648 052426736       1    
6 30250 AEB2046 SMK RAJA PEREMPUAN 052548300 052420697   1   1    
7 30300 AEB2053 SMK SAM TET 052545457 052430700 1 1        
8 30450 AEB2043 SMK ANDERSON 052494900 052423924 1 1 1 1    
9 31000 AEB2063 SMK SULTAN YUSSUF 053661604 053669271 1 1 1 1    
10 31100 AEA4085 SMK TOK MUDA ABDUL AZIZ 055951370 055951371     1 1    
11 31100 AEB4076 SMK SHING CHUNG 055981353 055972924 1 1        
12 31100 AEB4077 SMK DATUK HJ ABD WAHAB 055981582 055983662     1 1    
13 31150 AEA2302 SMK ULU KINTA 055331363 055330445     1 1    
14 31200 AEA2046 SMK DATO' HJ. MOHD TAIB 052011808 052014029     1 1    
15 31350 AEA2050 SMK SERI AMPANG 053130929 053130929 1 1        
16 31400 AEA2041 SMK RAJA  CHULAN 055457082 055456289     1 1    
17 31400 AEA2051 SMK JALAN TASEK 055497606 055450058 1 1 1 1    
18 31400 AEB2059 SMK SRI PUTRA 055450902 055499509     1 1    
19 31450 AEA2047 SMK SERI KELEDANG 052813240 052823433 1 1        
20 31450 AEB2062 SMK MENGLEMBU 052812559 052822513     1 1    
21 31600 AEA2303 SMK SERI TEJA 053591264 053595845 1 1 1 1    
22 31650 AEA2049 SMK KG PASIR PUTEH 053225150 053221615     1 1    
23 31900 AEA2042 SMK SRI KAMPAR 054661359 054659155 1 1 1 1    
24 32000 AEA1110 SMK AHMAD BOESTAMAM 056911552 056927724     1 1    
25 32000 AEB1031 SMK NAN HWA 056911077 056929003 1 1        
26 32000 AEE1026 SMK METHODIST (ACS) 056911071 056926098 1 1 1 1    
27 32400 AEB1034 SMK AYER TAWAR 056722042 056724863 1 1        
28 32400 AEE1036 SMK AMBROSE 056722373 056728549     1 1    
29 32600 AEE8702 SMK DATO'  ABDUL RAHMAN YAAKUB 053761626 053763894     1 1    
30 32700 AEE1032 SMK RAJA SHAHRIMAN 056749237 056748726     1 1    
31 32800 AEE8701 SMK ISKANDAR SHAH 053771228 053774420 1 1 1 1    
32 33000 AEA4082 SMK BUKIT MERCHU 057731140 057731144     1 1    
33 33000 AEB4073 SMK TSUNG WAH 057777644 057764962 1 1        
34 33000 AEE4071 SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM 057761516 057777458       1    
35 33007 AEB4072 SMK RAJA MUDA MUSA, KUALA KANGSAR 057733112 057733111     1 1    
36 33100 AEE7033 SMK TUN SABAN 044778245 044778673     1 1    
37 33300 AEA7006 SMK GERIK 057912300 057912400     1 1    
38 33300 AEE7032 SMK SULTAN IDRIS SHAH II 057911393 057917214 1 1 1 1    
39 33400 AEE7031 SMK DATO AHMAD 057691260 057691261     1 1    
40 34000 AEA6048 SMK DOKTOR BURHANUDDIN 058072213 058072842 1 1 1 1    
41 34000 AEB6051 SMK ST. GEORGE 058072408 058053115 1 1 1 1    
42 34008 AEB6054 SMK HUA LIAN 058073472 058066732 1 1        
43 34100 AEE6059 SMK DATO' HJ HUSSEIN 058394048 058396151     1 1    
44 34200 AEA3038 SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG 057161161 057175322 1 1 1 1    
45 34250 AEA3086 SMK RAJA LOPE NOR RASHID 057256269 057250268     1 1    
46 34300 AEA3040 SMK ALANG ISKANDAR 057210346 057216970     1 1    
47 34300 AEA3088 SMK ABU BAKAR AL-BAQIR 057217518 057218458     1 1    
48 34400 AEE3045 SMK MUDZAFFAR SHAH 058921200 058921205     1 1    
49 34500 AEE6058 SMK DATO' KAMARUDDIN 058880346 058881226     1 1    
50 34600 AEA6052 SMK KAMUNTING 058913723 058913741     1 1    
51 34700 AEA6051 SMK SIMPANG 058471144 058483615 1 1 1 1    
52 34800 AEE6060 SMK TAT BENG 058544220 058544409     1 1    
53 35000 AEA0041 SMK TAPAH 054013677 054013677     1 1    
54 35000 AEB0035 SMK BUYONG ADIL 054011152 054018340 1 1 1 1    
55 35500 AEA0042 SMK BIDOR 054347127 054340400     1 1    
56 35600 AEE0040 SMK SUNGKAI 054386609 054386609     1 1    
57 35800 AEE0041 SMK DATO' ZULKIFLI MUHAMMAD 054528275 054527962     1 1    
58 35900 AEA0034 SMK KHIR JOHARI 054596334 054582454 1 1 1 1    
59 36000 AEA8003 SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH 056551942 056551942     1 1    
60 36000 AEB5168 SMK HORLEY METHODIST 056221215 056217258 1 1 1 1    
61 36007 AEB5165 SMK SULTAN ABDUL AZIZ 056221159 056215348 1 1 1 1    
62 36008 AEB5167 SMK ST. ANTHONY 056221914 056221914 1 1 1 1    
63 36200 AEE5174 SMK TUN ABD RAZAK 056489235 056486109     1 1    
64 36300 AEE5173 SMK KHIR JOHARI 056489218 056489943     1 1    
65 36600 AEA5074 SMK SULTAN ABDULLAH 056511835 056511260     1 1    
                       
Kategori : SMK Bestari Perdana                
66 36008 AEA5073 SMK SERI PERAK 056221707 056227573 1 1 1 1    
67 30020 AEA2045 SMK RAJA PERMAISURI BAINUN 055267522 055265334     1 1    
68 34000 AEE6050 SM KING EDWARD VII 058073191 058060431 1 1 1 1    
69 33009 AEE4070 SMK CLIFFORD 057731313 057731314 1 1 1 1    
                       
Kategori : Bawah Kawalan Bahagian Pengurusan Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia            
70 31400 AKB2269 SM TEKNIK PERSIARAN BRASH 055477405 055471264     1 1    
            (Menawarkan Mata Pelajaran Sains Sukan)
Kategori : Bawah Kawalan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia            
71 32600 ARA8001 SMKA SULTAN AZLAN SHAH 053711689 053712360         1 1
72 34400 ARA3001 SMKA KERIAN 055477405 055471264         1 1
  Jumlah keseluruhan Sekolah Pusat Tingkatan 6 bagi tahun 2010 = 72 buah