Semua PPD, Pengetua/Guru Besar dan Guru Data Negeri Perak

Sekacita dimaklumkan, pihak BPPDP, KPM telah melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap Aplikasi EMIS Online. Beberapa variable baharu telah ditambah menyebabkan Utiliti Semak Ralat sedia ada tidak boleh digunapakai lagi.

Sehubungan itu, sila muat turun dan instal Utiliti Semak Ralat EMIS versi 5.2.3 15 Jun 2013 seperti di bawah. Sukacita juga dimaklumkan, bawah peraturan MS ISO 9001-2008, semua sekolah dimestikan menghantar cetakan semak ralat ke PPD sebelum atau pada 30 Jun 2013.

Mohon kerjasama pihak PPD pastikan semua sekolah menghantar cetakan dimaksudkan dan juga sebarluaskan pengumuman ini dalam portal PPD masing-masing.

Utiliti ini juga boleh dimuat turun melalui portal ini (Rujuk: Perkhidmatan > Muat Turun > Maklumat (EMIS) > Fail-Fail Guru Data)

atau di pautan berikut :

Utiliti Semak Ralat EMIS versi 5.2.3 15 Jun 2013 (Office 2007)

Utiliti Semak Ralat EMIS versi 5.2.3 15 Jun 2013 (Office 2010)

PASSWORD untuk pengguna Sekolah ialah  sekolah

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio