Soalan Lazim berkaitan Sekolah Berasrama Penuh, KPM

 

1.    Saya ingin mendapatkan senarai Sekolah Berasrama Penuh, KPM di negeri Perak.

Terdapat 7 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Perak :-

a) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

b) Sekolah Tuanku Abdul Rahman ,Ipoh (STAR)

c) Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS)

d) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (SBPI Gopeng)

e) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)

f) Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SMS Bagan Datoh)

g) Sekolah Menengah Sains Tapah (SMS Tapah)

 

atau boleh melawat laman web Bahagian Pengurusan Sekolah Berasram Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.bpsbpsk.webs.com atau http://www.moe.gov.my

 

2.    Siapakah yang boleh  memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM?

Pengambilan ke SBP dibuat dalam DUA (2) peringkat.

i) Peringkat pertama bagi lulusan UPSR

ii) Peringkat kedua bagi lulusan PMR

 

3.    Apakah syarat untuk memohon ke SBP, KPM ?

a) Warganegara Malaysia.

b) Pelajar Sekolah Kebangsaan (UPSR) / Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan (PMR).

c) Aktif dalam Kokurikulum.

d) Lulus pemeriksaan kesihatan dan tidak menghidapi penyakit kronik dan berjangkit.

e) Bagi lulusan UPSR, syarat minima mestilah sekurang-kurangnya mendapat 4A 1B dengan kelulusan Matematik dan Sains adalah gred A

f) Bagi lulusan PMR, syarat minima mestilah sekurang-kurangnya 6A (tidak termasuk bahasa asing) dan mendapat sekurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain. Matematik dan Sains mesti mendapat gred A. Bagi aliran agama mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran berkaitan.

 

4.    Bagaimanakah cara memohon ke SBP, KPM ?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web KPM iaitu http://www.moe.gov.my.

Talian ini hanya dibuka mulai awal bulan September sehingga pertengahan bulan Oktober sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan atau boleh merujuk kepada sekolah masing-masing.

 

5.    Sekolah SBP manakah yang ada menawarkan aliran sains dan agama?

Semua Sekolah SBP Integrasi dan Sekolah Menengah Agama di bawah Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster , KPM. Maklumat lanjut boleh melayari laman web di alamat http://www.bpsbpsk.webs.com atau http://www.moe.gov.my

 

6.    Bolehkah memohon ke SBP sedangkan keputusan peperiksaan awam belum diperolehi ?

Semua murid berpotensi boleh memohon kerana keputusan peperiksaan tidak perlu disertakan kerana akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan Malaysia berpandukan angka giliran.

 

7.    Bolehkah berpindah ke sekolah berasrama penuh yang lain jika sekolah yang ditawarkan tidak sesuai ?

Murid tidak dibenarkan menukar ke SBP yang lain selain daripada yang telah ditawarkan.

 

8.    Bolehkah menukar aliran yang lain di SBP yang ditawarkan ?

Murid tidak dibenarkan menukar aliran.

Joomla SEF URLs by Artio