evden eve nakliyat istanbul nakliyat istanbul evden eve nakliyat nakliyat nakliyat firmaları nakliye depolama istanbul evden eve nakliyat MAKLUMAT TERKINI APDM - Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak

Cetak
Jumlah paparan: 5977

Kepada

Semua Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-sekolah Negeri Perak.

 

MAKLUMAT E-KEHADIRAN MURID DALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

 

Mohon semua Pembantu Tadbir (PT) sekolah yang bertanggungjawab terhadap e-kehadiran murid memberi perhatian kepada maklumat ini.

 

1.          Semua cuti peristiwa dan cuti berganti TIDAK PERLU direkodkan di dalam sistem APDM. Biarkan peratus kehadiran murid pada hari yang berkenaan kosong. Mohon pihak PPD mengabaikan peratus kehadiran sekolah berkenaan. Namun cuti itu perlu direkodkan di dalam Jadual Kedatangan Murid secara manual.

 

2.          Sekolah-sekolah rendah yang mempunyai Kelas Khas (Kelas Intergrasi), sila emailkan butiran berikut kepada Puan Maslina binti Mohamed Khalib - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan butiran ini akan dipanjangkan kepada KPM untuk pertukaran status Tingkatan/Tahun.  Bagi sekolah yang telah menghantar email, sila lihat data kelas bagi memastikan status Tingkatan/Tahun telah ditukarkan. Butiran yang perlu diemailkan adalah:

 

                i.              Nama Sekolah

                ii.             Kod Sekolah

                iii.            Nama dan nombor telefon  Penolong Kanan HEM (Admin Sekolah)

 

              *** Selagi tidak dibuat pertukaran Tingkatan/Tahun, kelas khas tersebut tidak akan dapat dilihat melalui e-Kehadiran Murid.

 

3.          Bagi sekolah menengah masih boleh dikekalkan kelas KHAM. Tapi  akan di hapuskan juga kemudian nanti.        

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Maklumat

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio