Salam Sejahtera / Salam 1M

Kepada Semua Warga Pendidikan Negeri Perak,

 SEMINAR KEBANGSAAN APLIKASI SAINS DAN MATEMATIK 2013

 Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik 2013 (SKASM2013). Maklumat mengenai seminar adalah seperti berikut:

             Tarikh              : 29 – 30 Oktober 2013

            Hari                 : Selasa dan Rabu

            Tempat           : Perpustakaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

            Masa               : 8.00 pagi – 5.00 petang

 

 Objektif utama seminar ini adalah untuk :-

 

1.      i) Memberi pendedahan kepada para peserta tentang pelbagai ilmu dan kajian terkini yang berkaitan dengan sains dan matematik untuk dikongsi bersama.

2.     ii)  Membuka ruang penyelidikan kepada para peserta untuk meneruskan penyelidikan yang telah dijalankan agar ianya dapat dikembangkan dan dimanfaatkan secara optimis.

3.      iii) Meningkatkan budaya mencintai dan menghargai ilmu melalui perkongsian maklumat dalam kalangan peserta.

4.      iv) Mewujudkan jaringan kepakaran antara ahli-ahli akademik dan profesional.

 Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan warga pendidikan dijemput untuk menyertai seminar ini sama ada sebagai pembentang kertas kerja atau pun peserta seminar. Yuran penyertaan adalah seperti berikut :

 

STATUS

YURAN

Pembentang:

   Kertas kerja pertama

   Kertas kerja kedua

   Kertas kerja ketiga

 

RM 500.00

RM 400.00

RM 300.00

Peserta Biasa

RM 400.00

Pelajar/Staf UTHM

RM 300.00

 

Pendaftaran MESTI dibuat secara online dengan menggunakan borang pendaftaran di laman web: http://fstpi.uthm.edu.my/skasm2013 . Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 30 Ogos 2013. Maklumat lanjut boleh dimuat turun dengan klik pada attachment di bawah  (Brosur Seminar).

 

Sekian. Terima kasih.

 

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Attachments:
Download this file (Brosur Seminar UTHM.zip)Brosur Seminar UTHM.zip[Brosur Seminar Sains & Matematik UTHM ]7171 kB
Joomla SEF URLs by Artio