Semua Ketua Sektor

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Semua Pengetua Sekolah Menengah

Semua Guru Besar Sekolah Rendah

Negeri Perak

 

Tuan,

 

URUSAN PERAKUAN PENANGGUNGAN KERJA.

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

Sebagaimana tuan sedia maklum, Peraturan Penanggungan Kerja perkhidmatan Awam adalah berpandukan Pekeliling Perkhidmatan bilangan 17 Tahun 2001 (PP17/2007) yang disesuaikan dengan Pelaksanaan Sistem saraan Malaysia dan Peraturan 44 dalam Peraturan-peraturan Awam (Pelantikan, Kenaikan pangfat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (p.U. (A) 176/2005).

 

Para 15.1 PP 17/2007 menjelaskan bahawa Ketua Jabatan apabila mengetahui akan berlaku atau berlaku kekosongan jawatan dan mendapati tugas jawatan tersebut mustahak diteruskan, hendaklah mengetuarkan arahan secara bertulis dengan segera kepada pegawai yang dikenal pasti untuk menanggung kerja dan menentukan tempoh untuk menanggung kerja.

 

Jabatan ini mendapati terdapat Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di Perak mengeluarkan surat arahan menanggung kerja (lampiran D) lewat daripada tarikh seseorang itu perlu menanggung kerja. Sehubungan itu, pohon kerjasama dari semua pihak untuk memastikan beberapa perkara penting dapat dipatuhi.

 

Surat siarat yang berkenaan dilampirkan di pautan di bawah.

Surat Siaran

 

Terima kasih.

Joomla SEF URLs by Artio