Semua PPD, Pengetua, Guru Besar, PK/GK Pentadbiran dan Guru Data Negeri Perak

 

Jabatan Pendidikan Perak mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kutipan data EMIS Online berakhir 30 Jun 2013.

 

1.   Untuk maklumat, selaras dengan pelaksanaan ISO 9001:2008 Unit Pengurusan Maklumat memantau kerja-kerja kemaskini data yang dilakukan oleh Guru Data setiap minggu. Pemantauan mendapati terdapat Guru Data yang tidak melaksanakan kerja kemaskini seperti yang diarahkan setiap bulan. Kesannya sekolah tersebut memperlihatkan bilangan ralat yang banyak. Adalah diharapkan semua Pengetua atau Guru Besar yang sekolahnya mempunyai bilangan ralat yang banyak dapat menasihati PK/GK Pentadbiran dan Guru Data agar sentiasa kemaskini data EMIS Online.

2.   Untuk pengetahuan semua Pengetua SM Teknik atau Vokasional, kutipan data EMIS Online masih berjalan seperti biasa. Tiada surat arahan dari mana-mana pihak menyatakan kutipan sekolah jenis ini ditamatkan. Sila akur dengan arahan ini.

3.   Sila pastikan sekolah telah menghantar semua cetakan pengesahan sekolah dan ralat data 30 JUN 2013 ke PPD sebelum 10 Julai 2013.

4.  Semua Penolong/Penyelia ICT sila pastikan semua sekolah di bawah pentadbiran tuan menghantar semua cetakan dimaksudkan pada atau sebelum 10 Julai 2013.

Sila muat turun dan cetak Laporan Pemantauan di bawah (Fail Pdf atau Zip) untuk makluman, perhatian atau tindakan tuan.

 


Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio