Mesyuarat Pelaporan Status Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 JPN dan PPD Negeri Perak telah berlangsung  pada 4 Julai 2013 di Dewan Olimpik, Pusat Kecemerlangan Sukan mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Kualiti JPN Perak telah dihadiri oleh Pengurus Kualiti dan Penolong Pengurus Kualiti setiap sektor dan PPD negeri Perak.   

Objektif mesyuarat tersebut diadakan ialah untuk:

a)     mengenalpasti prestasi keakuran ke atas keperluan yang telah ditetapkan dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan selaras dengan standard dan peraturan sedia ada. 

b)     melaksanakan tindakan pembetulan dan pencegahan ke atas ketidakakuran yang dikenalpasti.

c)     memastikan semua Pengurus Kualiti dan Penolong Pengurus Kualiti memahami kaedah pelaksanaan PK12 Kawalan Ke Atas ketidakakuran Perkhidmatan yang betul.

12 ketidakakuran telah dikenalpasti dan memerlukan perhatian dan tindakan segera semua sektor dan PPD negeri Perak.  Setiap sektor diminta membentuk task force bagi mengenalpasti punca masalah, membuat pembetulan dan tindakan pencegahan dengan merujuk kepada PK11 Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan. 

Sila gunakan Lampiran PK11-1, Pk11-2 dan PK11-4.  Semua lampiran boleh diperolehi dari Portal JPN Perak (Perkhidmatan, Muat Turun, Jaminan Kualiti, Lampiran Kualiti 2013).  Contoh penggunaan Lampiran PK11-1 dan PK11-2 disertakan dalam attachment di bawah sebagai panduan.  Slaid bagi menerangkan Proses Kawalan Ke Atas Ketidakakuran Perkhidmatan juga disertakan untuk memantapkan lagi pemahaman.

Salinan ke atas semua tindakan pembetulan dan pencegahan yang telah dilakukan hendaklah dihantar ke Sektor Jaminan Kualiti selewat-lewatnya pada 19 Julai 2013. 

Sekain. Terima kasih.

 

Pengurus Kualiti

Jabatan pelajaran Perak

Joomla SEF URLs by Artio