Semua PPD, Pengetua, Guru Besar dan Guru Data Negeri Perak

Sukacita dimaklumkan, mulai 1 Ogos 2013 dijangkakan terdapat 2 buah sekolah menengah baharu akan beroperasi sepenuhnya. Sekolah dimaksudkan ialah;


1. AEA8009 - SMK SERI LONDANG - PPD Perak Tengah
2. AEA6159 - SMK KAMPONG PERAK - PPD LMS


Sehubungan itu, semua data EMIS Online  Pengetua, Guru atau Staf yang telah dipindahkan/ ditempatkan ke sekolah ini, bolehlah dipindahkan secara atas talian ke sekolah di atas mulai sekarang.

Kepada Pengetua/ Pentadbir/ Care Taker sekolah baru ini, sila lantik seorang Guru Data untuk menguruskan semua data sekolah. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Penolong/ Penyelia ICT PPD atau Unit Pengurusan Maklumat, JPN Perak.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak.

Joomla SEF URLs by Artio